Hypertension - Darah Tinggi (Sambungan) - Rawatan

on Friday, March 18, 2011

Assalamulaikum..

hari ini kita akan berkongsi kaedah rawatan yang diberikan kepada pesakit darah tinggi.. nie biasa rawatan yang dijalankan di klinik kerajaan dan boleh berubah mengikut situasi tertentu mengikut pengalaman doktor.

Rawatan ini adalah bertujuan untuk mengelakkan kerosokkan kepada sistem organ penting iaitu kardiak(jantung), renal (buah pinggang) dan otak. Pemilihan ubatan untuk rawatan mestilah dimulai dengan dos yang rendah dan ubatan yang tidak mempunyai kesan sampingan yang tinggi iaitu diuretic dan beta blocker. Penambahan dos serta jenis ubatan adalah bergantung kepada respond pesakit.

- kebiasaan kita akan menggunakan ubatan dari jenis diuretic , beta bloker, calcium antogonist ataupun ongiotensin coverting enzyme (ACH) inhibitor.


- jika ubatan yang diberikan tidak memberi kesan positif kepada pesakit kebiasaan kita akan tambahkan dos  ubatan tersebut ataupun menggunakan ubatan lain dari kumpulan yang berbeza.


- tambahan ubatan yang ketiga dari kumpulan lain.


- tambahan uabatan yang keempat dari kumpulan berbeza ataupun rujuk kepada pakar untuk rawatan lanjut.


- rawatan sampingan tanpa ubatan juga perlu digalakkan kepada pesakit iaitu dengan
    
      # Mengurangkan berat badan pada tahap normal - maknya jangan badan kita menjadi obes.


      # Pengambilan makanan yang kurang mengandungi garam dan lemak yang tepu. dietlah katakan...


      # yang merokok kena berhenti segera sebelum penyakit ini datang menjemput anda.


     # Berhenti daripada tabiat minumminuman yang mengandungi alkohol.


     # bersenam dengan kerap... paling malas pun buat senaman kardiak ataupun berjalan seribu langkah untuk 1 hari... insyallah selamat.


     # Kaunseling diperlukan untuk mengurangkan stress ataupun masalah lain yer...


Setakat ini sahaja untuk hari ini.. Besok kita sambung jenis ubatan pulak k.. sekadar berkongsi...


1 hari 1 ilmu baru...
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© nimosy All Rights Reserved