Hypertension - Darah Tinggi (Sambungan) - Patofisiologi

on Wednesday, March 16, 2011

Assalamulaikum..
minta maaf. perkongsian hari ini lewat daripada biasa kerana waktu pagi tadi terlibat denga  pemeriksaan kesihatan di jabatan kejuruteraan elektrik..

Hari ini saya ingin menjelaskan lagi mengenai darah tinggi iatu patofisiologi darah tinggi atau macam mana darah tinggi boleh berlaku...

jom kita tgk.... baca perlahan dan fahami...
  • Tekanan sistolik adalah tekanan darah semasa penguncupan ventrikel iaitu ketika salur darah kita sedang mengempam...
  • Tekanan diastolic pulaka adalah tekanan semasa ventrikel berehat menguncup iaitu ketika salaur darah dalam badan kita berehat daripada mengempan darah.

  • Tekanan darah di pengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu :
  1. Pengaliran darah (contoh : kuantiti darah yang dipam masuk ke ventrikel kiri dalam setiap kuncupan dan kadar denyutan jantung).
  2. Kesempitan kepada salur darah periferi (Dipengaruhi oleh keluasan salur darah dan tahap kepekatan darah).

  • Pengembangan dan pengecutan arteri periferi dikawal oleh :
  • Sistem saraf sympathetic. 
Pusat vasomotor di medulla dirangsangkan oleh baroreceptors dan psyhogenic stress yang menyebabkan impulse dibawa ke system  saraf  sympathetic. Ini akan menggalakkan cateholamines untuk melepaskan hormon norepinephrine dan epinephrine. norepinephirine ini dihasilkan oleh saraf fibre postganglionic dan menyebabkan pengecutan salur darah serta meningkatkan tekanan periferi. Manakala Epinephrine pula dihasilakan di adrenal medulla menyebabkan pengecutan salur darah dan meningkatkan kuncupan ventricular serta output kardiak dan menyebabkan tekanan menjadi tinggi.

  • Sistem Renin-angiotensin. 
Sistem renin - angiotensin ini teransang apabila berlaku pengaliran darah berkurangan ke buah pinggang. Ini akan menyebabkan pembentukan enzyme angiotensin dimana menyebabkan pengecutan salur darah  dan meransang rembesan hormon aldosterone yang boleh menyebabkan tekanan manjadi tinggi. Lanjutan daripada proses ini akan menyebabkan salur darah renal akan menebal dan pengaliran darah akan berkurangan ke glomerulus setrusnya mengakitbatkan kegagalan renal.
saya tahu ramai yang tidak memahami apa yang dicerita sekarang namun ini adalah hakikat yang anda perlu tahu pasal darah tinggi.. esok saya akan kongsikam tanda-tanda dan gejala serta ujian yang dilakukan..
insyaalah selepas habisnya perkongsian mengenai darah tinggi saya akan terangkan mengenai anatomi dan fisiologi...
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© nimosy All Rights Reserved