Salsilah Keturunan NIK

on Sunday, March 6, 2011

Once upon a time... kat Negeri Kelantan asal nya Sultan dia nama Raja Kumar. Tak tau dari mana asal nya Raja Kumar ni. Entah.. India kot? Dari keturunan Raja Kumar lah ada nya Cik Siti Wan Kembang. So, masa Cik Siti Wan Kembang ni jadi Raja (bukan seluruh Kelantan tapi cuma kat wilayah kat Timur Kelantan kot?), tempat dia tu jadi terkenal lah. Banyak lah pedagang pedagang datang.

Dalam negeri Kelantan juga tapi wilayah yang lain nama nya Jembal... ada juga satu Raja kat sini. Ni lah cerita Raja Saadong tadi. Yang ni tadi cerita ambil angkat angkat buluh betung dengan dari mulut ikan. And anak anak dia mula dengan nama gelaran NIK.

Balik pada cerita Cik Siti Wan Kembang tadi... dia pun tak ada anak. Jadi, dia ambil lah Puteri Saadong (konon nya memang cantik giler lah sampai Maharaja Siam datang kidnapped) jadi anak angkat and dia akan dapat jadi Raja untuk seluruh wilayah Cik Siti Wan Kembang dan wilayah Jembal.

Dipendek kan cerita, lepas dia kena culik oleh Maharaja Siam and kemudian dipulang kan ke Kelantan, dia gaduh lah dengan laki dia nama Raja apa entah. Masa gaduh gaduh tu laki dia ni mati terkena cucuk sanggul Puteri Saadong. Lepas tu Puteri Saadong larikan diri and habis lah cerita Puteri Saadong kat sini.

Kemudian, lepas tu baru mula Long Bahar (putera pada Raja Patani nama Wan Daim) jadi Raja kat Jembal. Kat sini lah mula nya keturunan WAN kat Kelantan. Sebenarnya Long Bahar tu keturunan WAN, tapi selalunya jika anak sulung secara automatik akan jadi LONG walaupun anak anak lain adalah WAN. Kira LONG tu nama panggilan lah. Kemudian, anak Long Bahar dengan Wan Anom... nama dia Long Sulaiman ganti jadi Raja lepas Long Bahar tu meninggal. Kat sini Long Sulaiman tu guna nama gelaran LONG juga sebab dia anak WAN yang sulung. Anak Long Sulaiman nama dia Long Yunus yang lepas tu satu kan semua wilayah wilayah kat Kelantan and ishtihar diri dia sebagai Sultan Kelantan yang pertama.

Jadi, begitu lah cerita nya macam mana nama gelaran NIK and WAN ada kat Kelantan. NIK tu asal dari nama anak angkat Puteri Saadong yang dari buluh betung and mulut ikan. Dan WAN pula dari keturunan Long Yunus.
*****
PENUNTUT Ijazah Doktor Falsafah University of Canterbudy, New Zealand, Nik Norma Nik Hasan berbicara mengenai nama keluarganya yang mempunyai pangkal nama Nik di hadapan. Kata Nik Norma, dalam susur galur keluarganya mempunyai banyak gelaran nama dalam keluarga seperti Tengku, Tunku, Engku, Raja, Tuan, Che dan Nik, sekali gus mewarnai keturunan keluarganya.

Namun, beliau sendiri tidak dapat memastikan yang gelaran Nik pada nama keluarganya adalah dari kalangan keluarga di raja walaupun neneknya mempunyai gelaran Tengku. 揝aya mewarisi nama Nik daripada ayah iaitu Nik Hasan Nik Yusuf walaupun ibu saya tidak mempunyai gelaran Nik.

Apa yang saya difahamkan, gelaran Nik akan lupus dengan sendiri jika wanita bergelar Nik berkahwin dengan lelaki biasa katanya. Namun, katanya ada juga lelaki Nik yang tidak meneruskan tradisi meletakkan pangkal nama Nik pada anak mereka seperti yang dilakukan oleh bapa saudaranya. Apakah asal usul Nik?

Dari apa diceritakan kepada saya, pada zaman Puteri Saa抎ong (di selatan Thailand), ada seorang raja memerintah tidak memiliki cahaya mata. Justeru, raja berkenaan mengambil anak angkat lelaki.

Seorang diperoleh dari buluh betung manakala seorang lagi daripada mulut ikan sebelah. Jadi, gelaran nama Nik ini diberikan kepada mereka sebagai membezakan dengan gelaran kerabat di raja lain,katanya yang sehingga hari ini tidak pernah menikmati hidangan rebung dan ikan sebelah kerana kepercayaan yang mengatakan keturunan Nik tidak boleh menikmati kedua hidangan berkenaan.

Nik Norma berkata, dari kajian dari buku yang dilakukannya, ada juga pendapat yang mendakwa gelaran Nik berasal dari nama Tengku sekitar kurun ke-18 hingga ke-19 dan diteruskan sehingga kini. Malah, ketika kakak saya ingin bersalin dia dikehendaki membentang kain kuning kerana dikatakan mudah ketika bersalin,katanya yang gembira kerana memiliki gelaran Nik dan berharap dapat meneruskan tradisi nama gelaran itu kepada anaknya pada masa akan datang......any wise suggestion or comment???

kredit to BAKO nik
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Unknown said...

Salam.. Betol too.. Sy warisi nik dr bapa sy (nik).. Family sy pown pegang mcm2 gelaran(belah bapa).. Nenek sy tengku dan datuk saya che.. :-)


March 12, 2013 at 8:50 PM

Post a Comment

 
© nimosy All Rights Reserved